SEJARAH PEMBUKAAN

SMK Madai mula beroperasi pada Januari 2006 dan menumpang sementara waktu di bangunan sekolah, SK Kampung Selamat berlokasi di Pekan Kunak.

Menjelang Jun 2006, dengan bangunan yang baru siap, para guru dan pelajarnya telah diarahkan untuk berpndah ke bangunan baru yang bertempat di kawasan Madai.

Dengan keluasan lebih kurang 15 hektar, bangunan sekolah yang dilengkapai dengan 2 blok akademik, 2 blok makmal dan bengkel, 2 blok rumah guru, 2 blok aspura dan aspuri, 1 blok dewan makan, 1 blok dewan sekolah dan sebuah surau serta padang dengan kelengkapan astaka telah digunakan secara rasminya.

Blok asramanya telah mula beroperasi pada 14 Julai 2006 dengan bilangan penghuni seramai 78 orang putera dan puteri. Bangunan asrama ini merupakan hasilan baru. Bentuk dan infrastrukturnya berbeza dengan asrama-asrama yang sedia ada, menjadikannya sebuah asrama yang tercanggih di dalam negeri Sabah.

Kini, genap 2 tahun asrama ini beroperasi dan penghuninya semakin bertambah sehingga mencecah 156 orang. Asrama ini buat julung kalinya menjadi tuan rumah dalam Program Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Gabungan Lahad Datu pada tahun 2008.

PENCAPAIAN ASRAMA


Naib Johan Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kunak Tahun 2006.

Tempat ke- 5 keseluruhan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Gabungan Lahad Datu Tahun 2007.

Johan Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kunak Tahun 2007.

Tempat Ke- 3 keseluruhan Anugerah Seri Asrama Terbilang Peringkat Gabungan Lahad Datu Tahun 2008.
No posts.
No posts.